Renceh ... Di Negeri Sembilan 'Renceh' atau 'ghenceh' bermaksud 'pemburu kepala'. Ya literally 'pemburu kepala'. Mereka bukan pembunuh uapahan, tapi terpaksa membunuh kerana tentu sekali seseorang yang dipenggal kepalanya akan mati.
Kepala yang diperolehi digunakan untuk upacara bersemah iaitu menjamu selera makhluk-makhluk Jinn yang menjadi penunggu di sesebuah kawasan yang akan dibangunkan. Jika tidak, makhluk-makhluk Jinn akan mengamuk. Jinn-jinn ini akan membuat kacau dan merasuk mereka yang lemah.
Sekitar 80an heboh satu negara apabila dikatakan para pemenggal kepala ini berkeliaran mencari kepala-kepala kerana sebuah pelabuhan sebuah negeri di Pantai Timur sukar untuk dimulakan. Kejadian pekerja-pekerja meracau malahan ada yang berbunuhan sesama sendiri beramai-ramai tanpa sebab pernah terjadi. Semua ini angkara Jinn-Jinn yang tidak puas hati tempat mereka diganggu.
Bomoh-bomoh terkenal ditugaskan untuk menyelesaikan masalah malangnya bomoh itu dirasuki oleh Jinn yang mendiami kawasan tersebut. Bagaimanapun ada yang mengatakan bomoh berkenaan memang menjalankan upacara menurun dan memanggil Jinn-Jinn memasuki tubuhnya. Ketika bomoh ini kerasukan (atau menurun) dia dikatakan meracau-racau meminta 27 (ada yang kata 47) kepala manusia dicampakkan ke kawasan laut-dalam tempat pelabuhan itu akan didirikan.
Maka bermulalah satu episode mengerikan di negara ini yang berjalan secara rahsia dilindungi oleh kuasa politik. Kalau tanya orang politik dia takkan mengaku punyalah... Mereka akan kata ini dongeng, mitos dan macam-macam lagi. Korang pun tau diorang tu macam mana kan?
Bukan mudah nak penggal kepala orang, maka Renceh yang benar-benar expert diperlukan. Para Renceh expert ini kebanyakan datang dari Negeri Sembilan terutama dari daerah Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu. Jangan terkejut, kerana Renceh tidak semestinya orang-orang kampung di Negeri Sembilan. Mengikut yang empunya cerita mereka terdiri dari berbagai profesyen. Kerani ada, office boy ada, Pak Guard ada, pegawai-pegawai dari syarikat tak kira gomen atau swasta pun ada, malah engineer dan arkitek pun ada. Cuma mereka ini mewarisi ilmu Renceh dari datuk-datuk mereka dahulu.
Renceh dikatakan memiliki ilmu sihir dan akan memukau mangsanya. Menurut empunya cerita seseorang Renceh tidak akan dapat memukau sesiapapun melainkan dia mesti berniat untuk memenggal kepala seseorang itu maka barulah pukaunya menjadi. Jika dia saja-saja nak pukau, maka tak jadi punya!
Dengan berpura-pura bertanya beberapa soalan terhadap mangsa maka mangsa tiba-tiba akan mengikut arahannya. Kira-kira macam Obi One Kenobi yang dalam cerita Star Wars tu lah. Alat digunakan menyerupai sabit, melengkung dan sangat tajam.
Bagaimanapun pantang seorang Renceh ialah dia tidak boleh culik mangsa di tempat lain, penggal di tempat lain. Mangsa mestilah dipenggal di tempat di mana dia berada dan kepala yang diperolehi mesti dipegang pada bahagian rambut yang tumbuh di atas ubun-ubun kepala. Kemudian Renceh mesti berjalan 40 langkah dan selepas itu barulah kepala yang diperolehi boleh dimasukkan dalam bekas, biasanya karung guni.
Ini mesti dilakukan dengan penuh yakin dan dalam keadaan tenang. Dengan berkeadaan demikian seorang Renceh tidak akan dapat dilihat. Mereka bukan invisible, cuma apabila mereka mempraktikkan dengan penuh yakin maka seolah-olah orang ramai tidak perasan dengan apa yang mereka lakukan.
Renceh mesti membawa kepala terus ke tempat semahan. Ini bermakna seorang Renceh tidak boleh himpun kepala sebanyak mungkin kira-kira macam buat collection kemudian campak sekali banyak. It doesn't work that way. Dia mesti penggal dan bawa terus ke tempat yang ingin disemah. Sebab itu ramai Renceh diperlukan untuk melakukan kerja ini. Kalau ada 27 atau 40 orang Renceh buat kerja maka satu malam boleh settle.
Ada satu kejadian di Kuala Lumpur yang terjadi sekitar 80an di mana seorang ibu meninggalkan tiga orang anak-anaknya di dalam kereta ketika membeli-belah di gedung Globe Silk Store yang sangat terkenal pada masa itu.
Selesai beli-belah dan tiba di parking kereta maka bagai orang kerasukan ibu tersebut menangis, meraung dan menjerit terlolong-lolong terkejut melihat ketiga-tiga anaknya yang berumur sekitar 9 hingga 14 tahun sudah tiada kepala. Kejadian ini dipercayai dilakukan oleh tiga orang Renceh.
Ya, ramai tidak percaya tentang kewujudan Renceh. Cerita ini menurut orang-orang yang terlampau pandai samada di menara gading dan para jadong hanya menganggap cerita sebegini merupakan dongengan dan mitos semata-mata.
Begitulah adanya... Maka aku menggunakan nama Renceh sebagai nama blog ini. Adapun posting-posting seterusnya InsyaaAllah tidak akan mengepos cerita-cerita Renceh. Tetapi merupakan blog biasa seperti blog-blog lain yang akan bercerita apa sahaja yang terlintas di hati untuk diceritakan.
Terima Kasih
Terima Kasih